Social Icons

Pages

Tuesday 23 October 2012

PERATURAN SURAU


PERATURAN AM
1. Pengurusan surau ini adalah dikelolakan oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh pihak sekolah dengan bidang tugas yang ditetapkan.
2. Surau ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadat solat melaksanakan amali pendidikan Islam, menyambut hari-hari kebesaran Islam & aktiviti2 pendidikan serta kemasyarakatan.
3. kebersihan dan keceriaan surau serta memastikan ianya sentiasa dalam keadaan yang memuaskan.
4. Semua barang dan peralatan surau hendaklah dijaga dengan selamat.Ia tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran.
5. Tidak dibenarkan menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau risalah tanpa mendapat keizinan daripada pengerusi atau jawatankuasa surau
6. Tidak dibenarkan menjadikan surau sebagai tempat melepak,menyalin atau menukar pakaian dan seumpamanya.
7. Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta memastikan suis-suis lampu,kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan.
8. Tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam surau ini perkara-perkara berikut:-

  >Senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya.
  >Bahan-bahan dan gambar lucah,majalah-majalah       hiburan dan  penerbitan yang berunsur politik     serta risalah-risalah ajaran sesat
  >Makanan dan minuman

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text