Social Icons

Pages

Tuesday 23 October 2012

Senarai Program


SENARAI PROGRAM DAN AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN

1. TAZKIRAH DAN MEMBUDAYAKAN SUNNAH SETIAP PAGI JUMAAT
2. BACAAN YASIN UNTUK MURID PRASEKOLAH, TAHUN 1,2,3,4 DAN 5 SETIAP PAGI JUMAAT
3. BACAAN SELAWAT SETIAP PAGI JUMAAT
4. BACAAN ASMAUL HUSNA SETIAP PAGI ISNIN
5. BACAAN YASIN UNTUK MURID TAHUN 6
6. SOLAT HAJAT SETIAP PAGI JUMAAT UNTUK MURID TAHUN 6
7. TAZKIRAH DAN MOTIVASI UNTUK MURID TAHUN 6 SETIAP PAGI JUMAAT
8. MAULIDDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH
9. PERARAKAN MAULIDURRASUL PERINGKAT GUGUSAN FELDA LOK HENG
10. LATIHAN PERARAKAN MAULIDURRASUL
11. GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU
12. SOLAT ZOHOR  BERJEMAAH SEBELUM PULANG KE SEKOLAH
13. SELAWAT SETIAP KALI SELESAI SOLAT FARDU ZOHOR
14. SOLAT HAJAT BERJEMAAH
15. MAJLIS TILAWAH AL-QURAN UNTUK PERTANDINGAN NASYID
16. KEM BESTARI SOLAT
17. WIRID TAHMID, TASBIH, TAHLIL DAN TAKBIR PAGI JUMAAT
18. SOLAT DUHA

Peta Surau


AJK SURAU AL-HIKMAH (PELAJAR)


PENGERUSI
Nabil asyraf b. Baharudin (3M1)

NAIB PENGERUSI
Sh. Zahra bt Syed. Abd. Rahman (3RK)

SETIAUSAHA
Aina Mardhiah bt Azmi   (2RK)

BENDAHARI
Ajlaa Sofya bt Khalil   (3RK)

KEBERSIHAN
Iqbal Hisyam (3K1)
Ahmad Farhan b. Yosman (3RK)
Muhammad Nasrullah b. Isa (3RK)
Ahmad A’dfi          (2RK)
Suhaireel         (1RK)
Nur Nadira Izylin    (1RK)
Anis Hani Amirah        (1RK)

KECERIAAN
Siti hajar Aisyah       (1RK)
Siti Hawa       (1RK)

KESELAMATAN
Mohd. Nor faiz    (2RK)
Nur Adila  (2RK)
Ain Ashikin  (1RK)

PERABOT
Amir Ikhwan    (3K1)
Izzudin  (3M1)

PERPUSTAKAAN MINI
Nur Muhammad Insan    (3RK)
Saifullah b. Kamarul Azlan    (3M3)
Anas Zulhilmi    (2RK)
Nur Afifah    (1RK)
Nur Hidayu    (1RK)


Carta Organisasi

Jawatankuasa Pengurusan Musolla al-Taubah
Guru Besar
Puan Hajah Tamilah@Jamilah Binti Ismail

Guru Penolong Kanan I
Puan Hajah Zauwiyah 

Guru Penolong Kanan HEM
Cik M.I Maslini Binti Ismail


Hajah Rohana Binti Jauhari




Piagam Pelanggan


Pihak pengurusan surau beriltizam untuk menjadikan surau sebagai :
· Pengurusan yang bersistematik dan berkualiti dalam mengadakan aktiviti  keagamaan.
· Surau mithali yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan modal insan.
· Memastikan surau sebagai satu tempat ibadat yang kondusif dan selesa.
· Memastikan semua pelajar muslim memperolehi ilmu fardhu ain yang sempurna.
· Memaksimumkan pengggunaan surau untuk pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh para pelajar dalam membina modal insan yang sempurna.

Objektif


1.  Mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.
2.  Melaksanakan pengurusan surau dengan efisyen dan sistematik
3.  Memupuk minta dan tabiat pelajar supaya rajin berada di surau dan memanfaatkan masa sebaik-baiknya
4.  Melatih pelajar dengan kepimpinan dan syaksiyyah Islamiah yang unggul
5.   Membantu pelajar menyelesaikan permasalahan keagamaan dan isu-isu semasa
6.  Mewujudkan surau mithali yang menekankan kepada budaya ilmu dan  pembinaan insan

Matlamat Musolla al-Taubah


1. Menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan solat ber     jemaah
2. Melaksanakan program-program penghayatan Islam seperti
a) Ceramah agama
b) Ma’al Hijrah
c) Majlis tahlil dan bacaan Yaasin
d) Maulidur Rasul
e) Israk Mikraj
f) Nisfu Syaa’ban
g) Semarak ramadhan
h) Lain-lain aktiviti berkaitan
3. Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran serta Amali Pend. Islam
4. Menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang tidak berlawanan dengan ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah.

Visi Dan Misi


Menjadikan Musollah al-Taubah Pusat Ilmu Membina Modal Insan Yang Cemerlang, Gemilang Serta Terbilang Di Dunia & Akhirat

Merelisasikan Fungsi Surau sekolah Sebagai Pelengkap Pembelajaran Bagi Memupuk Nurani Pelajar Menuju Keredhaan Ilahi Melalui Pengajaran dan Pembelajaran, Ko Akademik dan Kokurikulum Yang Berterusan.


Pengenalan Musolla al-Taubah SK Lok Heng Selatan


Surau sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Selain menjadi tempat untuk melaksanakan ibadat wajib dan sunat, surau juga berfungsi sebagai pusat ilmu bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman yang benar mengenai agama Islam.
Sehubungan itu, Musollah al-Taubah SK Felda Lok Heng Selatan Kota Tinggi Johor telah mengorak langkah satu pasukan dengan menyusun pelbagai program dan aktiviti sesuai dengan visi, misi dan matlamat Musollah al-Taubah bagi memastikan pelajar cemerlang dunia dan akhirat. Program-program seperti Program membudayakan Al-Quran, Solat berjemaah, Qiamullail, ceramah, tazkirah, kursus ibadah dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan kebanyakkannya dilaksanakan di surau bagi memakmurkan serta menghidupkan suasana di surau.

PERATURAN KHAS TATASUSILA DI SURAU



1. Memakai pakaian yang suci,bersih,kemas dan bersopan ketika ke surau.
2. Dilarang memakai baju T.shirt yang ”fancy” yang mengandungi gambar-gambar yang tidak sesuai.
3. Masuk ke surau dengan mengambil wudhuk terlebih dahulu.
4. Masuk dengan kaki kanan serta keluar dengan kaki kiri yang disertakan dengan doa.
5. Mengambil tempat duduk pada saf bahagian hadapan terlebih dahulu.
6. Merapatkan saf dan menghidupkan budaya salam dan berjabat tangan dengan jemaah yang lain.
7. Duduk dengan keadaan yang khusyuk,bersopan serta menghadap kiblat.
8. Memperbanyakkan zikrullah ketika berada disurau.
9. Tidak membuat bising ketika berada di dalam surau.
10. Menghormati azan dan iqamat serta menjawabnya dengan sempurna.
11. Dilarang melintas dihadapan orang yang sedang solat.
12. Digalakkan berwirid,berdoa dan bersalaman sebelum meninggalkan surau.

PERATURAN SURAU


PERATURAN AM
1. Pengurusan surau ini adalah dikelolakan oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh pihak sekolah dengan bidang tugas yang ditetapkan.
2. Surau ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadat solat melaksanakan amali pendidikan Islam, menyambut hari-hari kebesaran Islam & aktiviti2 pendidikan serta kemasyarakatan.
3. kebersihan dan keceriaan surau serta memastikan ianya sentiasa dalam keadaan yang memuaskan.
4. Semua barang dan peralatan surau hendaklah dijaga dengan selamat.Ia tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran.
5. Tidak dibenarkan menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau risalah tanpa mendapat keizinan daripada pengerusi atau jawatankuasa surau
6. Tidak dibenarkan menjadikan surau sebagai tempat melepak,menyalin atau menukar pakaian dan seumpamanya.
7. Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta memastikan suis-suis lampu,kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan.
8. Tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam surau ini perkara-perkara berikut:-

  >Senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya.
  >Bahan-bahan dan gambar lucah,majalah-majalah       hiburan dan  penerbitan yang berunsur politik     serta risalah-risalah ajaran sesat
  >Makanan dan minuman

Pelancaran Portal Musolla al-Taubah SK Lok Heng Selatan


 

Sample text

Sample Text

Sample Text